Academic advisor

Haii bloggers ❤...

Alhamdulillah junpa lagi kita harini drngan topik yang baru. Sebelum iqa mulakan bercerita, korang semua sihat tak ? Kalau sihat alhamdulillah kalau tak tu jangan lupa makan ubat tau. Okay harini iqa nak cerita pasal academic advisor iqa.

Pada 1 oktober kami diberi tugasan untuk berjumpa advisor untuk melakukan sesi temuduga dengan mereka. Jadi lepas dapat tugasan tu iqa terus email advisor iqa iaitu Dr. Harry Entebeng. Setelah beberapa kali ditukar masa dan tarikh kerana masing -masing ada tanggungjawab yang harus diselesaikan kami berjumpa juga pada 4 oktober jam 11 pagi.


Iqa pergi jumpa dr. dengan kawan iqa yang juga sama advisor iaitu izzati. Setelah sampai biliknya kami perkenalkan diri masing - masing macam biasa bagitahu nama, dari mana dan ambik course apa. Lepas sesi suai kenal kami terus tabya soalan kepada dr. Soalan yang kami tanya dapat membuatkan kami lebih mengenali kami punya advisor. Dia seorang yang sangat suka kan business. Selepas selesai temu ramah kami berborak tentang business juga. Dia bagi pendapat apa perlu buat untuk majukan business dan sebagainya. Iqa seronok dapat berbual dngn dr. sebab dia seorang yang sangat peramah dah banyak berkongsi idea. Dr juga beri nasihat yang enjoy la selagi boleh di universiti sebab suasana universiti la paling seronok dan paling indah dalam kenangan. Bila dah masuk alam pekerjaan kita dah mula dengan kesibukan masa.

Selepas iqa jumpa dr iqa sangat terkejut sebab iqa fikirkan dia seorang yang garang hm tengok la muka macam tegas je kan hahaha tapi bila dah jumpa masyaallah baik hati sangat. Boleh jadi bapa kedua iqa la orang kata sebab baik sangat.

Apa yang iqa belajar dan dapat dari aktiviti ni ialah kita dapat berjumpa dan dapat mengenali lebih rapat dengan advisor sendiri.


Gambar ni la sebagai bukti saya dengan kawan menemu ramah advisor dan berborak panjang dengannya. Harap dengan keizinan waktu kita dapat berjumpa lagi ya.

Apa yang iqa boleh terapkan ilmu ni sepanjang berada di unimas ialah, sekiranya ada masalah tentang course, pelajaran dan sebagainya perlu lah jumpa academic advisor untuk mencari jalan penyelesaian atau mengadu nasib untuk meluahkan sesuatu hehe. Iqa akan gunakan ilmu dan academic advisor iqa sepanjang berada di unimas iaitu sepanjang 3 tahun insyaallah.

Okay sahabat sekalian, ni je iqa dapat kongsikan moga ketemu lagi dengan cerita yang lebih menarik. Byeee assalamualaikum ❤



Comments

  1. hai senior..sya mndapat twaran belajar d unimas😊 saya baru tahun 1

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EXPLORACE

Let's say hai