Library skills

Hai bloggers ❤...

Jumpa lagi kita dengan hari yang baru dan topik yang baru. Iqa harap kamu semua sihat sahaja ya. Bring a sun shine today okay ;)



Harini iqa nak bercerita tentang "library skill" yang iqa belajar dalam kelas softskill di Unimas. Kelas iqa di ajar oleh miss azuriaty. Seorang yang sangat baik dan periang semasa mengajar atau membuat aktiviti di dalam kelas. Masa minggu 1, kelas iqa diajar oleh seorang staff dari CAIS cara - cara mencari buku,jurnal, dan sebagainya dengan cara yang sangat mudah. Ouh iya CAIS tu ialah perpustakaan Unimas. Okay back to topic, staff CAIS ajar cara cari buku dengan menggunakan website www.cais.unimas.my Dengan cara ni lebih senang pelajar unimas nak mencari buku di setiap rak. Setiap buku akan ada call number yang menunjuk dekat rak mana buku tu diletakkan.

Contohnya seperti dia atas. Jadi, kalau iqa atau semua pelajar unimas nak cari buku perlu lah buka ke website cais dan cari buku yang kamu mahukan dan dapatkan call number buku tu. Senangkan sahabat

Okay, bila semua satu kelas dah tahu cara - cara nak mencari buku maka miss beri tugasan berkumpulan yang terdiri 3 ahli setiap kumpulan untuk mencari 2 buah buku bercetak, 2 jurnal dan 2 keratan akhbar. Dan perlu menangkap gambar sebagai bukti kita dapat mencari buku. Seterusnya, membuat APA style yang juga telah diterangkan oleh miss. Miss beri masa sehingga jumaat iaitu hanya 2 hari je untuk siapkan tugasan ni. Lepas je kelas softskill ni group iqa terus buka website dan cari call number buku yang kita nak.

Lepas dapat call number kitaorang terus ke CAIS dan buat semua tugasan yang diberikan. Dah selesai semua tugasan yang diberikan kami semua submit kepada miss melalui eleap unimas.




Ni ialah waktu saya mencari jurnal dan mencari siapa penulisnya. Apa yang iqa dapat dalam aktiviti ialah ilmu untuk mencari setiap buku menggunakan call number.

Ilmu yang saya dapat pelajari dalam aktiviti kalini ialah cara mencari buku, meminjam buku dan denda yang dikenakan sekiranya apa - apa berlaku kepada buku yang dipinjam. Iqa akan gunakan ilmu yang diberikan untuk mencari bahan yang perlu untuk membuat assignment dan sebagainya. Insyaallah iqa akan gunakan ilmu ni sepanjang berada di unimas iaitu 3 tahun insyaallah. Ilmu yang iqa dapat ni sangat bermanfaat kerana iqa dah dapat tahu macam mana nak cari buku dan sebagainya. Ianya lebih senang mencari sebab CAIS mempunyai 3 tingkat jadi sangat sukar untuk mrncari buku jika tiada panduan.

Jadi ini saja saya dapat kongsikan harini. Moga ketemu nanti ya bye ✨


Comments

Popular posts from this blog

Academic advisor

EXPLORACE

Let's say hai