Mental Health Talk
Pada 20/11/2019 FEB softskill telah mengadakan satu sesi ceramah iaitu berkenaan Mental Health Talk yang diakan di Center Teaching Facility 1 ( CTF 1 ). Ceramah ini diadakan pada pukul 2 petang sehingga 4 petang.
" HEALTHY MIND COMES FROM HEALTHY BODY,
A HEALTHY BODY COMES FROM HEALTHY MIND "
Ceramah ini mengajar kita untuk mengawal stress dan semua orang patut mempunyai perasaan sayang akan diri sendiri. kita haruslah menyayangi diri kita sendiri, hormat diri sendiri, rasa selesa bersama orang lain, dan yang paling penting ialah mempunyai sikap untuk mempercayai orang serta mempunyai perasaan tanggungjawab yang tinggi.
Untuk mendapatkan minda yang sihat kita perlulah pandai membahagikan masa antara masa untuk diri sendiri dan masa bekerja. Kita perlulah bersenam 20 minit dalam sehari, dengar suara hati yang positif, rancang masa depan dengan baik. minda yang sihat akan menghasialkan badan yang sihat.
Kita juga boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan makanan semimbang, rehat yang cukup dan juga meluangkan masa rehat dan riadah.
Sekiranya minda kita tidak sihat kita akan mengalami stress, perasaan tidak sayang akan diri sendiri, dan sebagainya. Maka kita perlulah jaga kesihatan mental kita supaya hidup kita sihat.
Comments
Post a Comment