communication is a key
untuk mewujudkan kerjasama antara kumpulan kita perlulah membina komunikasi yang bagus dan jelas agar apa yang kita buat untuk sesuatu aktiviti berjalan dengan lancar
pada 25 september, miss azuriaty telah memberi tugasan aktiviti di dalam kelas yang perlu melibatkan kerjasama dan juga komunikasi antara ahli kumpulan supaya kita dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan
setiap kumpulan terdiri kepada 9 orang. dan kami perlu membina menara lidi menggunakan lidi,span, sedikit tali dan juga sedikit seletep. aktiviti ini mengajar kami semua untuk bersikap tolong menolong, berkominikasi, dan memberi pandangan yang bernas untuk mendirikan menara lidi yang stabil. tapi malangnya kumpulan saya telah kalah kerana menara lidi kami tumbang dan tidak stabil.
selepas membuat aktiviti ini kami diberikan kain setiap seorang dan juga diberikan tali untuk membuat bentuk yang diminta oleh miss azu dengan mata tertutup. aktiviti ini juga mengajar untuk berkomunikasi dengan baik agar kami semua dapat membentuk satu bentuk yang miss azu mahukan dengan mata tertutup. disebabkan setiap ahli bekerjasama dan mewujudkan komunikasi yang baik kami dapat membentukkan bentuk yang miss azuriaty mahukan.
Comments
Post a Comment